Friday, March 24, 2017

Cerita Saya

Jumaat, 24 March 2017 - Terdetik di dalam hati ingin membuat perkongsian dalam blog. Dua tahun sudah berlalu sejak kali terakhir saya membuat perkongsian dalam dunia blogger ini. Sepanjang dua tahun itu terlalu banyak yang saya tempuhi. Setelah berjaya menghabiskan diploma menepati masa walaupun sebenarnya hampir berhenti kerana gagal dalam beberapa subjek dan harus mengulang kembali subjek tersebut dan  rasa malu itu sukar digambarkan namun saya bertungkus lumus untuk belajar hingga menangis air mata dan berlaku pergaduhan di sana sini.

Pengalaman tinggal di sebuah kampung di pinggir pekan Tapah telah mengajar saya erti persahabatan. Terima kasih Shera, Sal, Niena, Deah, Mekya, Wawa & Una untuk semuanya. Pahit dan manis semua kehidupan kita dua tahun yang lalu masih segar dalam ingatan. Selepas menyelesaikan pengajian dalam dunia statistik, saya mengambil keputusan untuk berkerja. Mula berkerja di Mercu Cita Manufacturing hanya sebagai penjaga kaunter pembayaran. Selepas sebulan berkerja, saya dipindahkan ke wholesaler. Namun begitu saya dipercayai untuk menguruskan customer services, advertistment designer dan online service. Pemilik company itu berasal dari Iran. Saya sangatlah rapat dengan anak pemilik itu sehingga dia pernah mengajak saya shopping, site visit dan banyak lagi, Akhirnya saya telah mengajak beberapa  teman rapat saya berkerja di sana. Sebenarnya ia merupakan kerja yang senang namun oleh kerana terlalu mendengar kata orang dan mengikut kata hati, saya telah menghantar surat perletakan jawatan.

Kemudian saya berpindah ke rumah salah seornag bekas pekerja company itu. Berkerja di dalam shopping mall area Subang bagi kedai Guardian tetapi hanya bertahan seminggu kerana tidak biasa dengan persekitaran. Akhirnya mendapat kerja sebagai pemungut hutang telekom dalam syarikat Maha Partners. Bagi seseorang yang biasa dengan kehidupan customer service and tidak anak sanggup untuk berteriak dan marah dengan sesiapa apalagi bergaduh. Oleh itu saya mengambil keputusan berhenti dan pulang ke Sabah.

Sesampainya di Sabah, saya mebenci diri saya atas semua kegagalan saya itu. Kegagalan menghadapai stress dalam sesuatu perkerjaan. Saya juga menyalahkan Tuhan atas kesilapan saya sendiri. Selama 3 bulan saya hanya berkurung dalam bilik dan mendapat depresi. Mungkin ramai yang tidak menyangka hal ini namun segalanya dalam facebook, wechat dan instragram itu hanyalah dimanipulasi oleh saya supaya kelihatan gembira. Saya mula menggunakan  ubat untuk mengawal emosi saya. Ini kerana saya tidak mahu seperti mereka yang ingin membunuh diri dan sebagainya. Sungguh sukar bila anda menganggap diri anda tidak berguna lagi. Pada April 2016, saya telah mendapat telefon daripada sebuah company, iaitu HKT Furniture. Selesai temuduga saya berjaya mendapat jawatan dalam Marketing Department. Di sana saya telah membina diri saya kembali ke normal dan  mula aktif dalam sukan-sukan agar dapat menghilangkan rasa benci terhadapa diri saya.
Saya merupakan seorang yang suka menyendiri dan ini mebuatkan rakan sekerja saya di dalam pejabat mula memulaukan saya. Namun saya mula berkawan dengan orang-orang yang bukan berkerja dalam pejabat. Mereka merupakan orang-orang yang tidak punya pelajaran dan buruh-buruh dalam kilang. Banyak yang saya belajar melalui mereka. Bagi bumiputra yang berkerja di sana kebanyakannya boros seperti saya dan sentiasa mengkritik majikan. Manakala, orang luar terutama mereka yang berasal dari Indonesia dan Filipin sentiasa mengucapkan syukur atas peluang perkerjaan tersebut. Mereka menceritakan bertapa susahnya hidup di kampung mereka dan sentiasa berkata 'Kamu semua harus bersyukur mempunyai negara yang aman'. Ini mebuat saya sedar diri dan mula melihat kepada yang positif sahaja. 

Selepas 11 bulan berkerja di company tersebut saya mendapat panggilan ke UiTM bagi program sarjana muda pengurusan pelancongan. Ramai di luar sana mempertikaikan keputusan yang telah saya ambil, Namun semua itu saya serahkan kepada Tuhan untuk menentukan jalan hidup saya yang baharu. Memang susah untuk saya menyesuaikan diri di sini. Namun beitu saya berharap saya tidak akan berputus asa seperti dahulu. Semua ini demi ibu dan ayah. Pengkongsian saya selesai sampai di sini. Hingga berjumpa lagi.